Bermulanya wanaza.com part 1

Saya mula bergelar Blogger secara rasmi apabila post yang pertama di publish pada 10 April 2007. Bermula dengan menggunakan blogspot yang disediakan percuma oleh Google. Ini merupakan permulaan untuk menjadi ‘blogger profesional’ (hahaha perasan jap). Blog pertama adalah http://melgibsonsprofile.blogspot.my. Topik pilihan adalah berkenaan Mel Gibson. Tapi kenapa Mel Gibson? Tujuannya adalah keyword yang popular dan sumber topik yang senang didapati.

Pada asalnya tujuan saya menjadi Blogger adalah untuk join Google adsense. Blog ni macam suratkhabar atau majalah jugalah, akan diselitkan iklan. Jadi boleh la dapat duit sikit.


Seterusnya target saya untuk buat blog yang alamatnya dot com (.com) sendiri tercapai pada 29 Jun 2007. Kali dah start bayar la domain & hosting. Hosting yang dipilih adalah dari USA sebab target market kat sana. Masa tu blog di Malaysia masih baru & pengiklanan pun kurang. Jadi saya buat lah blog dalam versi English untuk tarik iklan & pelawat dari sebelah barat.

Bersambung..

Apa benda Puskas Award ni?

Sejak 9 Januari 2017, majoriti rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa viral tentang FIFA Puskás Award setelah Faiz Subri memenangi anugerah tersebut untuk tahun 2016. Tahukah kita apa benda Puskas ni? Manakala ejaan yang betul adalah Puskás. Kalau nak tahu macam mana sebutan, boleh tanya pakcik Google.

Puskás ni sebenarnya adalah nama seorang pemain bola sepak bernama Ferenc Puskás yang terkenal di era 50an & 60an. Nama beliau diabadikan sebagai salah satu anugerah yang berprestij didunia. Beliau berasal dari negara Hungary yang juga merupakan striker kelab Real Madrid.

Ferenc Puskás




FIFA Puskás Award telah diperkenalkan pada 20 Oktober 2009 oleh bekas presiden FIFA Sepp Blatter sebagai penghormatan kepada bintang tersebut. Anugerah tersebut adalah pengiktirafan gol tercantik di dunia yang diadakan setiap tahun.

Berikut adalah senarai pemenang FIFA Puskás Award:

* 2009  : C Ronaldo, Manchester United vs Porto
* 2010  : H Altintop, Turkey vs Kazakhstan
* 2011   : Neymar, Santos vs Flamengo
* 2012   : M Stoch, Fenerbahce vs Genclerbirligi
* 2013   : Z Ibrahimovic, Sweden vs England
* 2014   : J Rodriguez, Colombia vs Uruguay
* 2015   : Wendell Lira, Goianésia vs Atlético Goianiense
* 2016   : Mohd Faiz Subri, Pulau Pinang vs Pahang
Faiz Subri
Nampaknya nama Faiz Subri sebaris dengan bintang-bintang bolasepak dunia. Blog ini juga tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada Faiz Subri diatas kemenangan beliau.

Alhamdulillah wanaza.com kembali

Alhamdulillah, sekali lagi blog ini berjaya dihidupkan semula setelah dipadamkan oleh pihak webhosting pada tahun 2015. Blog ini dipadamkan dari arus perdana internet kerana tiada update atau saya tidak publish sebarang post pun sejak tahun 2010.

Blog ini sebenarnya telah wujud di alam maya sejak tahun 2007 lagi. Pada tahun ini (2017), sempena ulang tahun kewujudan blog wanaza.com, blog ini dihidupkan semula dengan semangat yang baharu sebagai ruang untuk berkongsi pendapat saya kepada umum.