Aku dan Kanser

Pada awalnya, saya tidak mahu mencampurkan post blog ini dengan perihal peribadi atau personal. Tapi untuk rekod bagi diri sendiri, maka saya masukkan juga post berkenaan peribadi atau dengan lebih tepat lagi berkenaan saya disahkan mengidap kanser usus kerana ia telah merubah perjalanan hidup saya.



Bermula pada Mac 2017, rasa susah nak buang air besar tapi masih boleh keluar lagi. Keadaan ini berlarutan sehingga Julai 2017, dimana mula keluar darah dan lendir. Selepas hari raya aidifitri saya buat keputusan untuk ke hospital. Ogos 2017, saya ke Hospital Azzahrah untuk pemeriksaan lanjut (colonoscopy dan CT Scan). Keputusannya agak mengejutkan kerana telah disahkan kanser usus besar tahap 1 (Colorectal Cancer atau adenocarcinoma).

“Sepuluh musim yang benderang bagai direndam perasaan, mentari terik tak terasa awan berlalu mendung berganti masa”

Perasaan yang terpendam ketika itu hanya para pesakit kanser yang dapat memahaminya. Saya bertanya kepada pesakit lain, rata-rata melalui situasi yang sama pada awal mendapat berita. Oleh kerana atas faktor kewangan, maka kes saya dirujuk ke Hospital Serdang kerana untuk buat pembedahan di hospital swasta mahal dan saya tiada takaful medical card. Disana doktor buat pemeriksaan lagi sekali (colonoscopy) dan mengesahkan kanser tahap 1 lagi.

Kemudian kes saya dirujuk ke Institut Kanser Negara (IKN) untuk rawatan lanjut. Tujuannya untuk mengecilkan saiz ketumbuhan tersebut. Pada September 2017, saya telah menjalani pembedahan kecil iaitu Stoma Operation. Stoma ni bermakna usus saya dipotong dan keluar diperut. Pembedahan ini dilakukan kerana usus besar sudah tersumbat dan najis tidak dapat keluar secara normal. Maka di divert kan pengeluaran najis diperut menggunakan beg stoma.



Bermula saat perjalanan hidup sudah mula berubah, dimana kerja-kerja berat sudah tidak boleh dilakukan. Penggunaan beg agak rimas pada mulanya tetapi lama kelamaan sudah biasa. Pada Oktober 2017, bermula sesi rawatan iaitu Chemotherapy dan Radiotherapy. Rawatan Radioterapi berlangsung selama 25 kali iaitu 25 hari. Chemo berlangsung 2 cycle (Oktober dan November). Dijangka hujung Disember saya akan buat pemeriksaan CT Scan untuk melihat samada ketumbuhan tersebut sudah mengecil atau tidak hasil dari rawatan berganda diatas. Pada Januari 2018 nanti saya dijdualkan melalui pembedahan buang kanser (usus) dan kemungkinan untuk pakai beg stoma seumur hidup adalah tinggi.

Saya kini redha dengan ketentuan dan harus terus kuat dan positif untuk menghadapinya…

About the Author

Wan Naza

Wan Naza adalah blogger sejak 2007. Kini kembali menjadi seorang blogger pada 2017 sempena ulangtahun ke-10 blog wanaza.com setelah kurang aktif, tidak aktif dan dipadamkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *