Tahukah Anda Watak Filem Spider-Man Adalah Milik Sony?

Pada tahun 80an, filem superhero kurang diminati yang menyebabkan para penerbit filem tidak mahu untuk membuat filem-filem superhero. Superhero yang pernah diterbitkan pada era tersebut hanya Superman dan Batman. Watak lain seperti Iron Man, Thor dan lain-lain memang tidak mendapat tempat langsung.

Pada tahun 1985, Marvel Comics menjual hak (lesen) kepada Cannon Films dengan kos $225,000 beserta peratusan dari kutipan filem. Cannon Films telah mencuba selama 5 tahun untuk membikin filem Spider-Man tetapi tidak berjaya. Kemudian apabila Cannon Films diisytihar bankrap, hak (lesen) Spider-Man telah berpindah kepada banyak tangan dan pertikaian hak berlansung di mahkamah selama beberapa tahun. Pertikaian ini agak rumit untuk difahami dimana Cannon Films telah melepaskan hak kepada Carolco Picture kemudian berpindah kepada MGM. Dalam tempoh tersebut Marvel Comics juga telah diisytihar bankrap.




Pada tahun 1999, Marvel berjaya mendapat kembali hak watak Spider-Man tetapi Marvel telah menjualkan hak tersebut kepada Columbia Pictures dengan kos $7 juta. Columbia Pictures adalah anak syarikat kepada Sony Pictures Entertainment. Sejak daripada itu Sony telah memiliki hak (lesen) Spider-Man untuk filem.

Pada tahun 1998, filem Blade lakonan Wesley Snipes yang membawa watak superhero dari komik Marvel telah mendapat boxoffice. Maka para penerbit filem mulai yakin akan penerimaan penonton terhadap filem-filem superhero. Pada tahun 2000, filem X-Men yang pertama telah berjaya mendapat boxoffice. X-Men juga berasal dari komik terbitan Marvel Comics tetapi hak (lesen) untuk filem telah dijual kepada 20th Century Fox sejak tahun 1994. Maka sejak dari itu banyak filem-filem superhero diterbitkan.

Pada tahun 2002, filem Spiderman yang pertama diterbitkan oleh Sony juga telah mendapat boxoffice dengan kutipan yang sangat tinggi. Berikut adalah senarai filem Spiderman terbitan dan edaran Sony:

Filem Spider-Man: Homecoming adalah kerjasama bersama Marvel Cinematic Universe, tetapi semua modal adalah dari pihak Sony dan terdapat perjanjian dimana pihak Marvel tidak akan menuntut peratusan dari keuntugan filem tersebut. Bermakna kesemua kutipan filem adalah hak Sony. Begitu juga apabila watak Spider-Man muncul dalam filem Captain America: Civil War dan siri filem Avengers yang lain (Avengers: Infinity War & Avengers 4) Sony tiada hak untuk menuntut peratusan keuntungan filem-filem tersebut. Kesemua kutipan adalah milik Marvel.

Perjanjian diantara Sony dan Marvel ini agak rumit tetapi bagaimana Sony dan Marvel mendapat keuntungan dari perjanjian tersebut. Mereka masing-masing telah berjanji untuk menjaga jenama Spider-Man supaya terus relevan. Sebenarnya Marvel masih mengekalkan haknya dalam merchandise (barang dagangan) seperti mainan, beg dan lain-lain. Setiap kali Spider-Man muncul dilayar perak Marvel dan Disney (Disney telah beli Marvel pada 2009) akan mendapat untung yang dari penjualan Merchandise. Begitu juga dipihak Sony, dimana penjualan PS4 meningkat sehingga 80 juta unit untuk tahun 2017 dan game yang dimuat turun meningkat juga.





Marvel sememangnya sangat ingin untuk mendapat kembali hak watak Spider-Man tetapi Sony tidak mahu menjualnya. Pada tahun 2005, Marvel Entertainment telah merancang untuk menubuhkan syarikat produksi filem sendiri setelah melihat kejayaan filem-filem seperti X-Men dan Spiderman. Pada tahun 2007, secara rasminya ditubuhkan Marvel Studios dimana projek pertama adalah filem Iron Man yang mendapat boxoffice. Kemudian pada tahun 2009, The Walt Disney Company telah membeli Marvel Entertainment dengan jumlah $4 billion.

About the Author

Wan Naza

Wan Naza adalah blogger sejak 2007. Kini kembali menjadi seorang blogger pada 2017 sempena ulangtahun ke-10 blog wanaza.com setelah kurang aktif, tidak aktif dan dipadamkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *