Berapakah Kutipan Siri Franchise Filem Avengers

Siri francais filem The Avengers merupakan siri filem yang berkaitan dengan filem The Avengers yang menampilkan watak superhero. Siri filem The Avengers diterbitkan oleh Marvel Cinematic Universe (MCU) yang berdasarkan komik Marvel Comics. Setakat ini Marvel Studios telah menerbitkan sebanyak 17 buah filem, dengan 9 buah filem sedang dalam pembikinan atau belum ditayangkan lagi. Semua siri filem tersebut telah mengutip sebanyak $13.5 billion menjadikan filem francais yang paling tinggi dari segi kutipan.




Marvel Studios telah mula menerbitkan filem sejak tahun 2007, dimana tayangan bermula tahun 2008 dengan filem pertama adalah Iron Man. Pertaruhan Marvel Studios berjaya untuk filem superhero pertama dengan kutipan sebanyak $585 juta.

MCU sememangnya mendapat untung yang daripada filem-filem terbitannya. berikut adalah senarai bajet dan kutipan filem yang berkaitan The Avengers:

Terdapat 4 buah filem yang mendapat kutipan melebih $1 billion. 2 buah filem The Avengers mendapat kutipan melebih $1 billion, ternyata peminat suka menonton gabungan superhero Marvel begitu juga Captain America: Civil War yang menampilkan gabungan supehero. 1 lagi filem adalah Iron Man 3 yang mendapt $1.2 billion kutipan.

7 lagi filem superhero akan ditayangkan nanti:

  1. Black Panther (2018)
  2. Avengers: Infinity War (2018)
  3. Ant-Man ant the Wasp (2018)
  4. Captain Marvel (2019)
  5. Avengers 4-belum ada judul khusus (2019)
  6. Spider-Man-belum ada judul khusus (2019)
  7. Guardian of the Galaxy Vol.3 (2020)

 

2 daripada 17 filem yang tersebut diatas adalah bukan hak milik mutlak Marvel Studios. Dimana wataknya pernah dijual oleh Marvel Comics hak untuk menerbitkan filem. Watak tersebut adalah Spider-man dan Hulk. Watak Spider-man adalah milik Sony dan Hulk terdapat perjanjian yang kabur diantara Marvel dan Universal Pictures. Untuk kisah berkenaan hak milik watak ini akan saya post kemudian.




Filem-filem terbitan Marvel Studios jelas lebih digemari penonton berbanding filem-filem teribtan pesaing Marvel Studios iaitu DC Films. DC Films juga adalah syarikat filem yang berdasarkan komik DC Comics. Jika dibandingkan jumlah views untuk official trailer filem Avengers: Infinity War iaitu sebanyak 93 juta views dimana filem akan ditayangkan Mei 2018 berbanding official trailer Justice League yang telah ditayangkan November 2017 ialah sebanyak 23 juta views. Jelas sekali keterujaan peminat filem terhadap filem avengers begitu tinggi.

About the Author

Wan Naza

Wan Naza adalah blogger sejak 2007. Kini kembali menjadi seorang blogger pada 2017 sempena ulangtahun ke-10 blog wanaza.com setelah kurang aktif, tidak aktif dan dipadamkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *