Cara Mudah Buat Bajet Sendiri – Bajet 50/20/30

Bajet 50/20/30 adalah satu model atau peraturan mudah untuk kita buat belanjawan sendiri dari kewangan kita yang terhad. Bahagikan bajet kita kepada 3 bahagian iaitu 50% untuk keperluan, 20% untuk simpanan & hutang dan 30% untuk perbelanjaan fleksibel atau kehendak.

Jika anda tidak pernah tahu macam mana nak buat belanjawan atau bajet dan susah untuk menguruskan perbelanjaan setiap bulan.

Ini Berita baik untuk anda, anda tidak perlu lagi merumitkan keadaan dan tidak perlu menjadi pakar kewangan untuk memahami berapa banyak wang yang anda boleh dibelanja. Anda hanya perlu mengikuti Peraturan 50-20-30.

Apa yang Peraturan 50-20-30 ?

Peraturan 50-20-30 membantu kita membina bajet mengikut tiga kategori perbelanjaan:

50% daripada pendapatan anda perlu diperuntukan untuk perbelanjaan sara hidup dan keperluan. Ini termasuk sewa anda, utiliti, pinjaman perumahan, peinjaman kereta dan perkara-perkara seperti barangan runcit dan pengangkutan untuk bekerja.

20% daripada pendapatan anda perlu diperuntukan untuk matlamat kewangan, bermakna simpanan, pelaburan, dan pembayaran hutang kad kredit (pengurangan).

30% daripada pendapatan anda harus digunakan untuk perbelanjaan fleksibel. Ini adalah semua yang anda membeli yang anda mahu tetapi tidak semestinya perlu (seperti bercuti).

                                                           Kategori Bajet 50-20-30
Bagaimana Nak Mulakan Bajet 50-20-30?

Mesti check balik apa yang berlaku kepada kewangan kita. Yang pertama kenalpasti berapa jumlah sebenar yang kita bawa balik rumah setiap bulan. Bagi yang makan gaji lebih senang. Kenapa mesti jumlah pendapatan yang bawa balik rumah? sebab pendapatan kasar mesti ditolak zakat, cukai dan KWSP dulu. Kemudian dapat la pendapatan bersih yang boleh dibawa pulang.




Kemudian kesan semua perbelanjaan kita dari sebesar-besar perkara hingga sekecil-kecil perkara. Selepas itu, bahagikan perbelanjaan mengikut 3 kategori iaitu keperluan, financial goal (matlamat kewangan) dan perbelanjaan fleksibel. Maka selepas itu cuba adjust perbelanjaan supaya menepati parameter 50-20-30. Kalau terlebih belanja untuk barang yang tidak perlu, jadi boleh la kawal nafsu untuk kawal perbelanjaan tersebut.

Kenapa Peraturan 50-20-30 Boleh Diamalkan ?

Bajet ni ringkas jadi kita boleh bayar bil, tambah simpanan dan dalam masa yang sama boleh menikmati kehidupan ini (belanja untuk suka-ria). Bajet ni sesuai untuk tahap novice yang langkah-langkahnya mudah dan jelas.

Peratusan ni boleh diubah sedikit mengikut apa yang terbaik untuk diri sendiri. Yang penting kena mulakan sistem ni dan istiqamah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *