Apa itu Unit Amanah @ Unit Trust

Secara ringkasnya, Unit Amanah (Unit Trust) adalah salah satu cara untuk anda melaburkan wang anda. Anda boleh melabur dalam dana unit amanah melalui  Syarikat Pengurusan Pelaburan seperti Public Mutual.

Unit amanah adalah sejenis pelaburan kolektif yang yang membolehkan para pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpul wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam pelbagai saham dan aset yang diuruskan oleh pengurus dana (Fund Manager) yang professional .

Dana tersebut dijalankan oleh pengurus dana, yang bertujuan untuk mengembangkan nilai keseluruhan dana amanah saham. Pengurus dana melakukan ini dengan melabur aset dana, biasanya dengan membeli saham, bon, atau gabungan kedua-dua sekuriti yang disenaraikan di Bursa Saham.¬† Stok atau bon ini sering dirujuk sebagai “pegangan” dana dan semua pegangan dana bersama adalah “portfolio”.



Selamat ke Unit Amanah @ Unit Trust ni?

Unit Amanah ni bukan la seperti skim cepat kaya, keuntungan atau pulangannya mengambil masa yang lama. Dana-dana unit amanah ni mesti mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (https://www.sc.com.my/the-approval-process-of-unit-trust-funds-in-malaysia/).

Bermakna ia juga dibawah radar pemantauan Bank Negara Malaysia. Jadi, dana unit amanah sememangnya selamat kerana seluruh aktiviti Pengurus Dana dibawah pemantauan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia.

Wang pelaburan dalam dana-dana tersebut juga dilindungi oleh pemegang amanah (trustee) contohnya Dana yang diuruskan ole Public Mutual dilindungi oleh Amanah Raya Trustee Berhad. KWSP juga membenarkan pengeluaran sebahagian wang dari akaun 1 untuk dijadikan modal kedalam dana unit amanah.

Untuk pengetahuan anda, jika KWSP memberi kebenaran pengeluaran bermakna dana tersebut adalah mematuhi kehendak undang-undang Malaysia kerana pengeluaran KWSP adalah sangat ketat. (http://www.kwsp.gov.my/portal/en/member/members-savings-investment-withdrawal/appointed-fund-management-institutions-unit-trust-fund-under-the-epf-s-members-investment-scheme)

 

Unit Amanah Patuh Shariah?

Dana bagi unit amanah terbahagi kepada dua iaitu Dana Shariah (Shariah-based Fund) dan Dana konvensional (Conventional Fund). Dana Shariah dipantau oleh panel shariah. Jadi, terpulang kepada pilihan pelabur.

Apa Kelebihan Melabur di Unit Amanah?

Bagi anda yang tiada masa dan ilmu berkenaan pelaburan di Bursa Saham, anda boleh melabur dalam unit amanah kerana dana tersebut juga akan dilaburkan di Bursa Saham dan diuruskan oleh pengurus dana yang profesional. Kelebihan melabur dalam unit amanah adalah seperti berikut:

  1. Modal pelaburan rendah- Pelaburan mampu milik
    • Untuk modal tunai permulaan adalah minimum RM1,000 sahaja.
    • Modal tambahan serendah RM100 sebulan
    • Modal tambahan boleh dibuat potongan direct debit setiap bulan dari akaun simpanan bank anda.
  2. Modal boleh dipindahkan dari akaun 1 KWSP
    • Sebahagian wang boleh dipindahkan (pengeluaran) dari akaun 1 KWSP (EPF).
    • Modal yang besar bukan wang dari poket anda.
  3. Takaful percuma
    • Apabila melabur dalam dana tertentu terdapat takaful percuma dimana perlindungan sehingga RM100,00.00.
    • Wang pelaburan semasa digandakan sekali ganda jika pelabur meninggal dan kecacatan ilat.
    • Wang perlindungan takaful (RM100,000) dan wang pelaburan semasa (selepas digandakan) boleh dihibahkan kepada penama.
  4. Pulangan 10-19% setahun
    • Berdasarkan rekod 5-10 tahun lepas terdapat dana yang memberikan pulangan 10 hingga 19% setahun.
  5. Dana patuh shariah
    • Dana dipantau oleh panel shariah.
    • Saham dilaburkan ke syarikat yang tidak menjalankan aktiviti haram seperti perjudian, arak, makanan tidak halal dan lain2.
    • Saham dilaburkan ke syarikat-syarikat besar dan stabil seperti TNB, Telekom Malaysia, Sime Darby, Axiata dan lain2.
  6. Pengurusan profesional
    • Syarikat pelaburan swasta no. 1 di Malaysia.
    • Syarikat dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
    • Mengendali sebanyak RM80.2 billion dana iaitu 40.7% penguasaan pasaran unit amanah swasta.
  7. Modal terjamin
    • Wang pelaburan dijamin oleh pemegang amanah yang sah.
  8. Kecairan tinggi
    • Kecairan (liquidity) yang tinggi iaitu sangat mudah membuat pengeluaran dari pelaburan anda.
    • Pengeluaran bila-bila masa tanpa penalti dan mengikut harga semasa.
    • Tiada yuran dan caj bagi pelaburan belum matang.
  9. Fleksi
    • Jumlah pengeluran yang fleksibel dan bukannya kesemua pelaburan anda.
  10. Kuasa kompaun
    • Compounding, is the ability of an asset to generate earnings, which are then reinvested in order to generate their own earnings (sumber: Investopedia)
    • Duit pelaburan anak beranak dan berganda.
    • Duit tersebut berganda apabila modal asal + pulangan yang dilaburkan semula. Contoh: Modal asal RM20,000, pulangan 10% setahun = RM2,000. Bila dilaburkan semula menjadi RM22,000. Pulangan tahun berikutnya 10% juga =RM2,200 dan bila dilaburkan semula, modal menjadi RM24,200.
  11. Kepelbagaian potfolio
    • Pelbagai aset pelaburan yang diurus oleh pengurus dana.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Unit Amanah @ Unit Trust sila hubungi saya :

Wan Nazaruddin (012-2772 564)

Related link:

  1. Risalah pengeluaran KWSP
  2. Pengurus dana yang dilantik oleh KWSP
  3. Artikel akhbar : Dana amanah salah satu cabang pelaburan

 




About the Author

Wan Naza

Wan Naza adalah blogger sejak 2007. Kini kembali menjadi seorang blogger pada 2017 sempena ulangtahun ke-10 blog wanaza.com setelah kurang aktif, tidak aktif dan dipadamkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *