94% rakyat Malaysia tidak mampu bertahan untuk 6 bulan tanpa pendapatan

Image result for savingsHanya 6% daripada rakyat Malaysia yang mempunyai simpanan untuk menampung hidup selama enam bulan, mengikut pendedahan Kementerian Kewangan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata kebanyakan rakyat Malaysia tidak menyimpan secukupnya sebagai persiapan menghadapi masa depan yang suram jika mereka kehilangan pekerjaan.

“Ini bermakna mereka akan menghadapi masa depan yang suram enam bulan selepas menjadi penganggur,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Sikap dan tingkahlaku terhadap kemahiran mengurus keperluan dan kemahuan merupakan sebab-sebab utama yang dipetik oleh Menteri mengapa kebanyakan rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang mencukupi.

“Ini antara sikap kerana kebanyakan tidak dapat membezakan antara keperluan dan kehendak.

“Ketiga mengenai sikap, bagaimana mereka melihat wang dan menjurus kepada keperluan dan kemahuan apabila dapat duit kita jadi rabun mata dan terus berbelanja tanpa memikirkan hal-hal di masa depan,” katanya

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *