Kenapa Hari Guru disambut pada 16 Mei di Malaysia?

Di seluruh dunia, Hari Guru disambut bagi memperingati jasa guru serta menunjukkan betapa pentingnya profesion perguruan. Mungkin dikalangan kita merasa pelik hari guru disambut di seluruh dunia pada hari yang berbeza-beza.

Bagi negara-negara di Asia Tenggara pun mempunyai tarikh yang berbeza-beza seperti berikut:

Thailand – 16 Januari
Malaysia – 16 Mei
Brunei – 23 September
Filipina – 5 Oktober
Singapura – hari Jumaat pertama bulan September.





Hari Guru Sedunia disambut pada 5 Oktober. Terdapat beberapa negara seperti Armenia, Azerbaijan, Bangladesh, Cameroon, Kanada, Jerman, Maldives, Myanmar, Qatar dan United Kingdom menyambutnya pada 5 Oktober.

Tetapi mengapa Hari Guru disambut pada tarikh yang berbeza-beza di seluruh dunia?

Jelas sekali, setiap negara memilih tarikh berdasarkan peristiwa penting dalam sejarah pendidikan mereka, atau hari kematian atau kelahiran seorang pendidik penting negara.

Kenapa Malaysia memilih 16 Mei?

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Penyata Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

Penyata Razak dinamakan demikian bersempena nama Menteri Pelajaran yang pertama iaitu Datuk Abdul Razak Husin yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Penyata Razak telah mencadangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah.

Selamat Hari Guru.




Sumber