Tahukah anda makhluk yang menyeramkan ini hidup diatas muka manusia sepanjang hayat

Selama ini anda tidak menyedarikan terdapat hidupan (haiwan?) yang hidup di muka anda. Anda tidak boleh melihat mereka, tetapi mereka berada di sana. Makhluk ini adalah hama mikroskopik, makhluk berkaki lapan dan bukan seperti labah-labah. Hampir setiap manusia mempunyai didiami oleh makhluk ini. Mereka menghabiskan keseluruhan hidup mereka di muka kita, di mana mereka makan, berkahwin dan akhirnya mati.

Terdapat dua spesis hama yang hidup dimuka anda iaitu Demodex folliculorum dan Demodex brevis. Terdapat kira-kira 65 spesis hama demodex. Namun hanya dua daripada spesies Demodex sperti yang disebut diatas telah dikenal pasti kebisaannya hidup diatas manusia.


Kedua spesis hama Demodex hidup ditempat berbeza iaitu dalam folikel rambut (D. folliculorum) dan kelenjar sebaceous yang berminyak pada kulit (D. brevis). Kedua-dua spesies kebanyakan didapati di muka berhampiran hidung, kening dan bulu mata. Makhluk ini juga boleh dijumpai di bahagian lain badan seperti dalam dan sekitar telinga, dalam tahi telinga, kulit kepala, dan dalam lipatan kulit.

Hama Demodex mempunyai lapan kaki yang pendek dan kontot berhampiran kepala. Manakala tubuhnya memanjang, kelihatan seperti cacing. Di bawah mikroskop, ia kelihatan seolah-olah berenang-renang melalui minyak dengan jarak yang dekat dan agak laju.





Fakta Hama Demodex

Saiz: Hama dewasa 0.3mm-0.4mm (panjang)
Penampilan: Separa telus, 8 kaki
Kelajuan: Mampu merangkak diatas kulit 8-16cm/jam
Mengawan: Hama bertelur sekitar folikel rambut. Larva berkaki enam menetas selepas tiga hingga empat hari. Larva berkembang menjadi hama dewasa selepas lebih kurang tujuh hari
Jangka hayat: Hama boleh hidup selama beberapa minggu

Folikel rambut dengan Demodex dalam lubang itu

Penemuan pertama oleh saintis di Perancis bahawa manusia mempunyai hama muka adalah pada tahun 1842. D. folliculorum dijumpai dalam tahi telinga. Pada 2014, Megan Thoemmes dari North Carolina State University telah membuat kajian dan mendapati bahawa ia boleh dijumpai keatas kebanyakan manusia.

Apabila pertama kali Megan Thoemmes mendapati ada makhluk yang sangat kecil yang tinggal di liang-liang hidung, dia merasa jijik.

“Kali pertama saya mendapati ia di atas muka saya, saya tidak tidur selama empat malam,” kata Thoemmes.

Tetapi beliau akhirnya boleh menerima hakikat makhluk mikroskopik ini hidup diatas muka beliau.

“Mereka sebenarnya cukup comel,” Thoemmes. “Dengan lapan kaki kecil mereka, mereka kelihatan seperti mereka hampir berenang melalui minyak.”

Kesan sampingan Demodex keatas muka manusia masih lagi dalam para saintis. Daripada kajian, didapati bilangan demodex lebih banyak dikalangan orang tua. Terdapat anggapan ia memakan kulit-kulit mati, tetapi aktiviti-aktiviti mereka seperti makan, mengawan dan lain-lain masih lagi belum diketahui dengan jelas.

Jadi, berbuat baiklah mungkin makhluk ini akan menjadi saksi di hari perhitungan.




sumber