Banjir Thailand 2017

Hujan lebat berterusan telah menyebabkan banjir yang teruk di 11 wilayah selatan Thailand sejak 1 Disember 2016 melibatkan 2 gelombang banjir, dimana gelombang kedua bermula 31 Disember 2016. Angka korban setakat 23 Januari 2017 adalah seramai 85 orang dan 4 orang masih hilang. Menurut ramalan dari pihak Jabatan Meteorologi Thailand, hujan yang sangat lebat bakal melanda di 6 wilayah selatan bawah iaitu Nakhon Si Thmammarat, Phatthalung, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat bermula 23 Januari 2017.

Berdasarkan laporan Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi Thailand, seramai 1.7 juta penduduk yang terlibat dan lebih 530,000 rumah yang musnah dalam banjir kali ini. Angka mangsa banjir tersebut adalah bersamaan dengan jumlah populasi rakyat negeri Kelantan (1.71 juta orang). Malah jika dibandingkan dengan jumlah mangsa banjir Malaysia pada 2014 iaitu seramai 500,000 orang masih lagi jauh. Tidak dapat dibayangkan sekiranya seluruh negeri kelantan terlibat banjir. Thailand pernah berdepan dengan bencana banjir yang lebih besar iaitu pada tahun 2011, dimana kos kemusnahan dan kerugian ekonomi adalah keempat tertinggi didunia iaitu sebanyak US$45.7 Bil. Fakta berkenaan banjir Thailand 2011 akan dipos kemudian.