Simple Living, High Thinking
1.) Ini merupakan ungkapan dari seorang penceramah terkenal negara. Malam tadi kami sekeluarga menghadirkan diri ke program ceramah di kawasan taman perumahan kami. Penceramahnya adalah Datuk Daud Che Ngah.
2.) Itulah ungkapan yang dikira menarik.. katanya ungkapan ini oleh diucapkan seorang mat saleh yang masuk Islam… ‘Umat Islam adalah umat yang simple living but high thinking‘ maksudnya… menajalani kehidupan yang sederhana tetapi berfikiran tinggi… paham ker.. cam umum sangat ayat tu… huraiannya seperti dibawah..
3.) Perumpamaan yang diberi adalah ” kita hadir ke program agama hanya dengan berkain pelikat, berselipar jepun disurau yang masuknya percuma tetapi didalam program itu kita diajak berfikir tentang syurga, neraka, pembalasan akhirat, sejarah peradaban lampau, kesilapan orang dulu2″ … itulah yang dikatakan berfikiran tinggi.
4.) Berdasarkan kepada kefahaman saya, berfikiran tinggi ini bukan hanya berfikir tentang masa depan diri kita iaitu masa depan kerjaya.. masa depan perniagaan.. masa depan negara tetapi meliputi masa depan kita selepas dibangkitkan di mahsyar….
5.) sebenarnya dengan memikirkan masa depan diri kita sendiri di akhirat, maka secara automatiknya semua masa depan kita didunia akan terjamin.
If you like this post, buy me a coffee!