Menanti keputusan pertandingan Timb Presiden PAS

June 6 20092 Commented

Categorized Under: Politik

Pagi ini (sabtu), pada Muktamar PAS di Shah Alam dijangka akan diumumkan keputusan pertandingan jawatan yang dipertandingkan. Paling menarik adalah pertandingan jawatan Timbalan Preisden PAS diantara Ustaz Nasharuddin, Husam & Mohamad Sabu. Bagi saya, mereka ini adalah suara bagi 3 golongan iaitu ulama, profesional & aktivis. Kita semua sudah maklum dengan kategori Ustaz Nasha (ulama) & Husam (profesional), tapi Mohamad Sabu saya kategorikan dibawah aktivis. Ini kerana lazimnya gambaran bagi aktivis adalah orang yang kelihatan bersungguh-sungguh berjuang dari segi fizikal seperti saudara Mohamad Sabu. Sepanjang survey saya berkenaan pandangan dikalangan orang-orang yang berkelulusan profesional, Mohamad tidak sesuai untuk ditonjolkan keperingkat atasan.

PAS sepatutnya tidak terpengaruh dengan labeling oleh media ini. Bukankah pada muktamar ke 53 tahun 2007 yang lalu, Ustaz Nasharuddin dilabelkan dengan Profesional. Pada ketika itu beliau dicabar oleh Ustaz Dato’ Harun Taib yang merupakan Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat ketika itu. Tetapi kali ini, Ustaz Nasharuddin dilabelkan sebagai Ulama’ pulak. Adakah selepas ia ditentang oleh profesional sejati & aktivis maka timbul labeling ini. Pada muktamar 2007, penglabelan ini mungkin berdasarkan kepada cara gaya penampilan dimana Harun Taib memakai serban dan dilihat konservatif manakala Nasharuddin memakai kemeja tidak berkopiah dan seperti orang yang kerja pejabat (profesional la tu). ” GM saya pun profesional jugak tapi datang kerja pakai jeans jer”.

Sepatutnya bukan imej yang dijadikan ukuran tapi idea & gagasan yang ingin dibawa oleh seseorang itu. Perwakilan seharusnya pandai menilai idea & gagasan pilihan mereka. Menjelang muktamar kali ini, Husam dilihat telah diserang secara peribadi & bukan idea serta gagasannya yang diserang. Beliau telah cuba dikaitkan dengan tuduhan rasuah, jahil agama, pro-anwar, erdogan & macam lagi. Bagi tuduhan rasuah, ia telah dibersihkan oleh dewan harian yang menyatakan tiada unsur rasuah. Bagi tuduhan jahil oleh Ustaz Mohamad Daud Iraqi, walaupun didalam temuramah beliau dalam Berita Harian tidak menyatakan nama siapa orangnya tetapi ia telah menjurus kearah calon timbalan persiden yang tiada kelulusan agama. Tetapi ia telah dijawab oleh TGNA yang menegaskan bahawa apabila seseorang itu telah belajar, usrah, bekerja dibawahnya adakah orang itu tidak belajar agama? Husam sememangnya profesional dalam membuat kenyataan, beliau menyerang idea & gagasan Ustaz Nasharuddin bukan keperibadian orang itu.Ustaz Nasha juga tidak menyerang mana-mana individu & lebih banyak berdiam diri, cuma sesekali mempertahankan gagasannya berbincang dengan UMNO sebagai salah satu usaha dakwah.

6248.jpg

Pandangan saya, Ustaz Nasha tidak ada aura & cara gaya kepimpinan yang menonjol & jelas dikalangan semua orang. Paling mudah dilihat adalah pada banner & bunting PAS, kalau dulu sewaktu arwah Ustaz Fadhil Nor menjadi presiden, ada gambar 3 orang iaitu Nik Aziz, Arwah Fadhil Nor & Haji Hadi. Dimana-mana pun gambar mereka kelihatan, tetapi sekarang hanya tinggal 2 gambar sahaja iaitu Nik Aziz & Haji Hadi. Mana gambar Ustaz Nasha?padahal dia adalah timbalan presiden. Sewaktu haji Hadi timbalan presiden dulu pun sudah terpampang gambarnya di banner. Ini menunjukkan masih belum kelihatan orang yang benar-benar dapat menyatukan semua ahli PAS yakni yang disegani dan dihormati. Husam pun belum mencapai tahap itu lagi, tetapi lebih berpotensi berbanding Ustaz Nasha. Sekiranya Ustaz Nasha masih lagi memegang jawatan itu maka tiada perubahan yang akan berlaku. Tetapi jika Husam menang, kita akan lihat perubahan yang lebih kreatif. OK kita tunggu keputusannya pagi nanti….

If you like this post, buy me a coffee!

2 Responses to “Menanti keputusan pertandingan Timb Presiden PAS”

  1. Michael says:

    Hey, have you seen this news article?
    New details about Michael Jackson’s Death Emerge
    I was wondering if you were going to blog about this…

Leave a Reply