Kickdefella lawan Merah Tinta

June 2 20092 Commented

Categorized Under: Politik

Nampaknya ketegangan diantara kedua blogger kickdefella & merah tinta semakin memuncak.. masing2 saling berbalas hujah & bukti… yang jelas mereka berperang hanya kerana YB Dato Paduka Husam Musa.  Sheih (kickdefella) jelas menyokong Husam manakala MSO (merah tinta) menyerang Husam.

Pendapat saya, jika dibaca kebanyakan post tulisan MSO ia jelas sekali menunjukkan MSO sangat tidak berpuas hati dengan Husam ni. Ia seperti adanya perasaan dendam yang amat sangat terhadap sahabatnya…saya rasa perasaan ini masih tidak terluah lagi oleh MSO kerana bilamana dia menyatakan hendak menghentikan kritikannya terhadap Husam tetapi masih lagi terselit sindiran didalam hampir setiap posting yang mengenai PAS Kelantan. Terbitnya satu blog baru oleh MSO iaitu diarymaya adalah untuk menceritakan kisah Husam sebenarnya. Itu yang saya fikirla, sebab kisah yang pertama hanya berlegar berkenaan Pak Lah semasa hampir waktu persaraannya & bukan kisah dari awal pembabitan Pak Lah dalam politik. Terus kisah pilihan yang kedua adalah kisah Husam Musa. Persoalan saya, kenapa bukan Tok Guru Nik Aziz ker Haji Hadi ker ? Mungkin juga terlalu banyak yang dilalui bersama Husam. Saranan saya, MSO patut bersemuka dengan Husam & meluahkan apa yang terbuku dihati, barulah hati MSO lega & hati lebih tenang. Nampanya pertikaian ini bermula dengan masalah peribadi antara kedua mereka kemudian oleh kerana mereka ini mempunyai pengaruh masing-masing dan sekarang dilihat seakan menjadi isu nasional. Mungkin masalah antara Ketua Dewan Ulama’ Ustaz Mohd Daud Iraqi dengan Husam juga bermula dengan masalah peribadi. Kerna kedua-dua mereka dari PAS kawasan Kubang Kerian. Persoalan saya, sekiranya Husam mempunyai masalah kenapa dia masih lagi berada didalam organisasi dibawah TGNA yang mana dia adalah Timb pesuruhjaya PAS kelantan II & Exco kanan. Sepatutnya, dia disingkiran dari memegang sebarang amanah parti & rakyat.

Manakala, sheih dilihat seakan terlalu mengagungkan Husam ni. Kita tidak tahu sejauh mana keikhlasan mereka bertiga ni (sheih, mso& husam). Sebab yang kebanyakan posting mengenai Husam & hampir tiada mengenai exco lain. Exco lain pun kerja juga bukan Husam jer yang berkerja untuk rakyat. Sebab tu yang ramai mengatakan sheih ni kipas bosnyer. OKla.. nak tido pulak..

If you like this post, buy me a coffee!

2 Responses to “Kickdefella lawan Merah Tinta”

  1. shima says:

    aku macam x caya dlm bbrp hr ko ada post cite br..adakah ini disbbkan sony dah x de keje maka ko byk masa dpn pc hahahaha

  2. azman says:

    aku sokong husam!..idup husam! bakal pm malaysia

Leave a Reply