Sekitar hari pengundian 8 Mac’08 di N26 Bangi
8 Mac 2008, hari ini saya keluar mengundi buat kali kedua dalam hidup saya. Dimana pertama kali juga adalah dalam DUN Bangi juga tapi pusat pembuangan undi adalah di Kajang. Tapi tahun ini, saya memangkah di Bandar Baru Bangi. Semua itu belaku selepas saya menghantar isteri saya ke DUN Dengkil untuk mengundi. Setelah selesai semuanya kami mengelilingi BBB untuk melihat trend & mood rakyat di sini. Nampaknya suasana amat berbeza sekali tahun ini.

Nampaknya pondok panas PAS sungguh meriah & dipenuhi ramai orang. Rata-rata semua pusat undi senarionya sama. Berbeza dengan pondok panas BN.

Memang sungguh lengang… bukan bermaksud untuk memperlecehkan pihak BN, tapi sekadar sebagai pemerhati. Ramalan saya PAS akan menang tapi siapa tahu ini mungkin hanyalah strategi rakyat… antara yang menarik perhatian saya adalah banner seperti dibawah ini..

Saya juga rakyat kelate dun bangi tapi dari kebenarannya macam jauh sekali… So kita tunggu & lihat keputusannya…
If you like this post, buy me a coffee!